VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

03 March 2019

Program JOM KE SEKOLAH SKBB5...



TARIKH : 3 Mac 2019
HARI : Ahad
MASA : 7.20 - 8.30 Pagi
TEMPAT : Dataran Perhimpunan

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun ini SKBB5 amat bertuah kerana Yang Berbahagia, SM Rogayah binti Sakdom, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Muar sudi merasmikan Program yang cukup bermanfaat ini. Acara diakhiri dengan gimik pelancaran  Program Jom Ke Sekolah SKBB5.


Objektif program ini :

1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah
dan pihak PPS.

2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.



SEKILAS PANDANG PROGRAM















   

No comments:

Post a Comment