VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

12 March 2019

Kejohanan Olahraga MSSJ...


SKBB5 mengucapkan syabas dan tahniah kepada

NOR HUDA ATHILAH BINTI ZAIMI
ANIQ DANISH BIN MOHD KASSIM
PUTRI HAFIZAH HANISA MOHD HAIKAL HARITH


kerana terpilih menyertai Kontinjen Daerah Muar ke KEJOHANAN OLAHRAGA MSS NEGERI JOHOR di Johor Bahru. Mereka akan memulakan cabaran pada 17 hingga 20 Mac ini.

SELURUH WARGA SKBB5 DAN KOMUNITI MENDOAKAN KEJAYAAN PASUKAN OLAHRAGA DAERAH MUAR.

04 March 2019

PERTANDINGAN BOLA BALING L12 MSSJ...

SKBB5 mengucapkan syabas dan tahniah kepada 

WAN MUHD AZAMUDDIN BIN WAN ZULBAKRIL AZAN
ANIQ DANISH BIN MOHD KASSIM
NIK SHAFIQ IQMAL BIN NIK KAMALRULZAMAN


kerana terpilih menyertai Kontinjen Daerah Muar ke Pertandingan Bola Baling MSSJ di Kota TInggi. Mereka akan memulakan cabaran pada 7 hingga 9 Mac ini.

SELURUH WARGA SKBB5 DAN KOMUNITI MENDOAKAN KEJAYAAN 
PASUKAN BOLA BALING DAERAH MUAR.

PERTANDINGAN BOLA BALING P12 MSSJ...


SKBB5 mengucapkan syabas dan tahniah kepada

SARA FARHANA BINTI MUHAMMAD HALMI
NOR HUDA ATHILAH BINTI ZAIMI
NUR SYAZA QISTINA BINTI SHAH RIZAN  
PUTRI HAFIZAH HANISA MOHD HAIKAL HARITH

kerana terpilih menyertai Kontinjen Daerah Muar ke Pertandingan Bola Baling MSSJ di Kota TInggi. Mereka akan memulakan cabaran pada 7 hingga 9 Mac ini.

SELURUH WARGA SKBB5 DAN KOMUNITI MENDOAKAN KEJAYAAN 
PASUKAN BOLA BALING DAERAH MUAR.

03 March 2019

Program JOM KE SEKOLAH SKBB5...



TARIKH : 3 Mac 2019
HARI : Ahad
MASA : 7.20 - 8.30 Pagi
TEMPAT : Dataran Perhimpunan

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun ini SKBB5 amat bertuah kerana Yang Berbahagia, SM Rogayah binti Sakdom, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Muar sudi merasmikan Program yang cukup bermanfaat ini. Acara diakhiri dengan gimik pelancaran  Program Jom Ke Sekolah SKBB5.

Majlis Sambutan Hari Lahir Guru SKBB5 Bulan FEBRUARI...


TARIKH : 28 FEB 2019
HARI : KHAMIS  
MASA : 7.45 PAGI  
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBB5

KELAB GURU & STAF (KGS) meneruskan aktiviti sambutan hari lahir  guru-guru SKBB5 bagi Bulan Februari. Guru-guru diraikan dalam satu majlis yang amat ringkas ( 5 minit sebelum Budaya Al Quran tamat ).

Murid-murid turut sama memeriahkan majlis ini dengan menyanyikan lagu selamat hari lahir dan diikuti dengan acara memotong kek. Majlis diakhiri dengan penyampaian kad hari lahir oleh Puan Rogita binti Mohd Yacob, GPK Pentadbiran SKBB5.

Program seumpama ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama keluarga SKBB5 dan sebagai tanda penghargaan KGS atas sumbang bakti guru-guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik murid-murid SKBB5.