VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

30 December 2015

Selamat Datang ke SKBBL...

Pn.Sharifah Zanariah bt Syed Omar
Guru Pendidikan Khas

Tahniah kerana menjadi sebahagian dari warga SKBBL

28 December 2015

Selamat Datang GPK KOKO SKBBL...

Pn. Masdilaila bt Abdul Rasid
Tahniah kerana menjadi sebahagian dari warga SKBBL.

26 December 2015

Pendaftaran & Taklimat Prasekolah SKBBL...


TARIKH : 27 Disember 2015
HARI : Ahad
WAKTU : 8.00 - 11.30 pagi
TEMPAT : PraSekolah SKBBL

TENTATIF :

8.00 - 8.30 pg Pendaftaran
8.30 pg Bacaan doa
8.45 pg Ucapan Alu-aluan & Taklimat olah GPK Pentadbiran
9.15 pg Taklimat dari guru Prasekolah
9.45 pg Mesyuarat PEWARIS
10.30 pg Sesi bayaran & kudapan
11.30 pg Bersurai

Harap Maklum.

25 December 2015

Senarai Keperluan Sekolah SKBBL 2016...

IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID SKBBL BOLEH MENYEMAK SENARAI HARGA KEPERLUAN SEKOLAH ANAK-ANAK TUAN/PUAN MENGIKUT TAHUN :

TAHUN 1  

 TAHUN 2  

 TAHUN 3


TAHUN 4



 TAHUN 5



TAHUN 6



17 December 2015

Kecemerlangan SKBBL 2015...

Penyampaian sijil-sijil penghargaan dan kecemerlangan sekolah telah berlangsung pada hari RABU 16/12/2015 di PPD Muar.

 SIJIL PENGHARGAAN :

1. Mewakili PPD Muar ke pertandingan Laluan Sumber PPDa Negeri Johor.
2. UPSR 2015 : Melepasi ETR peratus lulus 74% dan pencapaian 78.81% .

SIJIL KECEMERLANGAN :

1. NAIB JOHAN Kejohanan Memanah L12 kali ke16 MSSD
2. NAIB JOHAN Kejohanan Memanah P12 kali ke16 MSSD
3. NAIB JOHAN Kejohanan Bola Baling L12 kali ke34  MSSD
4. TEMPAT KE 3 Kejohanan Boling Tenpin kali ke21  MSSD
5. TEMPAT KE 4 Kejohanan Sepak Takraw kali ke46 MSSD

 Tahniah dan syabas diucapkan. 

Penjenamaan Semula SKBBL...

Penjenamaan semula nama-nama kelas dan blok bangunan adalah untuk memberi nafas baru serta perbezaan agar ia lebih Segar,Moden dan mengikut Teknologi serta Trend semasa.

Nama kelas yang baharu 2016 :

ASPIRASI

BESTARI

CERDAS

DINAMIK

PEND KHAS 1 : GEMILANG

PEND KHAS 2 : TERBILANG

PRA SEKOLAH : CEMERLANG

Nama bangunan yang baharu 2016 :

Selamat Datang...

Pn. Faridah Bt Abd. Jalil / Ketua Kerani SKBBL
Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada warga SKBBL 

03 December 2015

Single sign-on (SSO)...


Definisi SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan  tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.

1. Klik di sini untuk muat turun manual pengguna SSO.
2. Klik di sini untuk muat turun senarai aplikasi SSO.
3. Klik di sini untuk muat turun pembentangan powerpoint SSO
4. Sila ke ruangan pautan --- klik 'Single sign-on (SSO)' untuk melayari aplikasi.

27 November 2015

Lensa SKBBL...

TAHNIAH KEPADA USTAZ KHAIRUL ANUAR B ZAKARIYA ATAS KEJAYAAN BELIAU DI KARNIVAL SUKAN GURU PEND ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI MEMANAH DI IPG KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT.

KEJAYAAN :
1. Johan keseluruhan memanah Lelaki
2. Johan kategori pelbagai jarak
3. Johan fast shooting


SYABAS KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SKBBL ATAS KEJAYAAN MEREKA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM LIGA JDT, PIALA LAKSMANA JOHOR PERINGKAT DAERAH MUAR.

19 November 2015

Analisis UPSR SKBBL...


Syabas Dan Tahniah SKBBL...

Assalamualaikum WBR dan Selamat Sejahtera. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komuniti setempat khususnya kepada ibubapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 atas sokongan dan kerjasama yang erat sehingga anak tuan-tuan dan puan-puan berjaya dalam peperiksaan. Kepada yang kurang berjaya, ingatlah bahawa ini bukanlah pengakhiran bagi kamu kerana perjalanan kamu untuk menggapai kecemerlangan masih terbuka luas. inshallah.

Saya mewakili pentadbiran sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru subjek UPSR, semua guru SKBBL, calon-calon yang cemerlang dan berjaya serta ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada barisan gerak kerja PIBG yang diterajui oleh Tn Hj Fadzil B mohd Amin serta jawatankuasanya. Akhir kata, Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

Sekian.

Guru Besar SKBBL

16 November 2015

Hari Jualan Buku SKBBL...

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID SKBBL

Sila rujuk lampiran surat untuk mengetahui tarikh jualan buku bagi sesi 2016.

Harap maklum.

Panduan semakan UPSR 2015...


11 November 2015

UPSR 2015...

KEPUTUSAN UPSR 2015 AKAN DIKELUARKAN PADA 
HARI SELASA, 17 NOVEMBER.

HARAP MAKLUM.

Sila klik di sini untuk membaca kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia.  

08 November 2015

Lensa SKBBL...

Sambutan Hari Landskap Johor - TEMPAT PERTAMA kategori SK

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SKBBL

07 November 2015

Tahniah Ustaz Anuar...

KERANA MERAIH TEMPAT KETIGA DI PERUJIAN  DZUSADAD MEMANAH KATEGORI PAHLAWAN DI SAGIL, LEDANG

05 November 2015

Pelaporan DSKP BPK...

Sila ke ruangan MUAT TURUN untuk mendapatkan:

----> PELAPORAN DSKP dari BAH. PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK).


Hubungi ADMIN jika menghadapi kesulitan untuk memuat turun bahan.

Harap maklum.

Tahniah SKBBL...

SYABAS ATAS KEJAYAAN MEMENANGI TEMPAT PERTAMA DALAM PERTANDINGAN LANDSKAP NEGERI JOHOR KATEGORI SEKOLAH KEBANGSAAN.

02 November 2015

Lensa SKBBL...


PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI KEBANGSAAN (MyTID)  
SK BAKRI BATU 5 

OBJEKTIF

  

Untuk mewujudkan kumpulan besar kanak-kanak sekolah yang berbakat dan terlatih untuk pemilihan ke dalam latihan sukan khusus yang membawa kepada prestasi pada tahap elit.

KUMPULAN SASARAN
 

Murid-murid Tahun 1 

31 October 2015

Cuti Khas Peristiwa...

Adalah dimaklumkan bahawa ESOK, 1 November (Ahad) sebagai cuti khas bagi seluruh Negeri Johor atas kejayaan Pasukan Bola Sepak JDT menjuarai Piala AFC.

Harap maklum.


Keputusan penuh : JDT 1 - FC Istiklol 0

28 October 2015

Majlis Lambaian Kasih...

PERSARAAN PN AZIYAH BT TAHA, KETUA KERANI KEWANGAN SKBBL YANG BERSARA WAJIB PADA HARI INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS USAHA BAKTI DAN KOMITMEN BELIAU MENGURUS TADBIR KEWANGAN SEKOLAH SECARA BERHEMAH DAN EFISYEN. JASA BELIAU AKAN KAMI KENANG. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.



 

Pasukan Sky Kick Junior di Harian Metro...


26 October 2015

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA / PENJAGA SKBBL

Sesi Pemulangan Buku Teks 2015 dan Penerimaan Buku Teks 2016.

1 NOV / Ahad / 10.10 - 12.10 / TAHUN 1
2 NOV / Isnin / 10.10 - 12.10 / TAHUN 2 DAN 3
3 NOV / Selasa / 10.10 - 12.10 / TAHUN 4 DAN 5
4 NOV / Rabu / 10.10 - 12.10 / TAHUN 6


















 


















Sila ambil perhatian kepada beberapa peringatan mesra dari pihak SPBT.
Sila rujuk edaran surat yang telah diberikan kepada anak-anak tuan puan untuk maklumat lanjut.

Tahniah SKBBL...

A. SKBBL telah menjadi JOHAN Futsal sempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober yang lalu. 

B. Kejohanan Futsal Milo Johor peringkat Negeri pada 24 Oktober 2015.

1. Khairil Azizi B Sahri ( pemain terbaik kejohanan )
2. Md Danial B Asri
3. Md Syahrin Irwan B Atanan

Mereka akan mewakili Johor ke peringkat Kebangsaan Futsal Milo di Kuala Lumpur pada Disember nanti.

SYABAS DAN TAHNIAH !!!

24 October 2015

Tahniah SKBBL...

PASUKAN PERMAINAN TRADISIONAL SKBBL TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN  PERTANDINGAN BATU SEREMBAN DI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI JOHOR YANG TELAH BERLANGSUNG DI DATARAN JOHOR BAHRU.

TAHNIAH DAN SYABAS.