VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

03 March 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Guru SKBB5 Bulan FEBRUARI...


TARIKH : 28 FEB 2019
HARI : KHAMIS  
MASA : 7.45 PAGI  
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBB5

KELAB GURU & STAF (KGS) meneruskan aktiviti sambutan hari lahir  guru-guru SKBB5 bagi Bulan Februari. Guru-guru diraikan dalam satu majlis yang amat ringkas ( 5 minit sebelum Budaya Al Quran tamat ).

Murid-murid turut sama memeriahkan majlis ini dengan menyanyikan lagu selamat hari lahir dan diikuti dengan acara memotong kek. Majlis diakhiri dengan penyampaian kad hari lahir oleh Puan Rogita binti Mohd Yacob, GPK Pentadbiran SKBB5.

Program seumpama ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama keluarga SKBB5 dan sebagai tanda penghargaan KGS atas sumbang bakti guru-guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik murid-murid SKBB5.

SEKILAS PANDANG MAJLIS






No comments:

Post a Comment