VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

27 January 2019

Kejohanan Taekwondo (WTF)...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Putri Nur Amani Atiqah binti Abdul Rahman, murid tahun 4 Bestari yang telah memenangi EMAS dalam Kejohanan Taekwondo (WTF) Sirkit POOMSAE Koryo -MPAJ Junior & Senior antara Negeri Ke 9 tahun 2018.

Kejohanan tersebut telah diadakan di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang Selangor pada 28 November 2018. Ini baru betul 
'KECIL - KECIL CILI PADI'

26 January 2019

Kem Motivasi Tahun 6 SKBB5...

TARIKH : 24 - 25 JANUARI 2019
HARI : KHAMIS - JUMAAT
TEMPAT : DESA KEROMA, ECO RESORT MUAR


Jawatankuasa kecemerlangan Tahun 6 dengan kerjasama Unit BImbingan dan Kaunseling SKBB5 telah mengadakan kem motivasi yang bertempat di Desa Keroma, Eco Resort Muar. Tujuam kem ini adalah untuk mewujudkan murid yang bersemangat tinggi, daya tahan yang kuat dan pemikiran yang kreatif serta berkeyakinan tinggi.

Selain itu, kem ini akan dapat memupuk semangat berpasukan, setiakawan dan kerjasama. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung yang melibatkan aktiviti 'indoor' dan 'outdoor'. Antaranya latihan dalam kumpulan, kembara malam dan 'treasure hunt'. Semua aktiviti tersebut dilaksanakan dibawah seliaan pihak resort, fasilitator dan urusetia.


SEKILAS PANDANG KEM MOTIVASI 




25 January 2019

Kejohanan Merentas Desa Daerah Muar...

Kejohanan tersebut telah berlangsung di SMK Lenga. SKBB5 telah menghantar 7 peserta. Berikut keputusan penuh untuk sekolah kita.

HAKIM HAMIDIN - Tempat ke 5
ARIEJ DANIA EXORA - Tempat ke 11


TAHNIAH dan SYABAS !!! 

23 January 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Guru SKBB5 bulan JANUARI...

TARIKH : 23 JAN 2019 HARI : RABU MASA : 9.45 PAGI TEMPAT : KANTIN SKBB5

Bermula tahun 2019, KELAB GURU & STAF (KGS) akan menjadikan sambutan hari lahir bagi guru-guru SKBB5 sebagai acara bulanan. Guru-guru yang menyambut hari lahir akan dikumpulkan mengikut bulan-bulan tertentu. 

Mereka kemudian, akan diraikan dalam satu majlis yang amat ringkas ( 5 minit sebelum waktu rehat tamat ). Murid-murid akan turut sama memeriahkan majlis ini dengan menyanyikan lagu selamat hari lahir dan diikuti dengan acara memotong kek. Majlis diakhiri dengan penyampaian kad hari lahir oleh Encik Hamizan bin Hj Ahad, Guru Besar SKBB5.

Program seumpama ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama keluarga SKBB5 dan sebagai tanda penghargaan KGS atas sumbang bakti guru-guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik murid-murid SKBB5.

SEKILAS PANDANG MAJLIS 


21 January 2019

Majlis Tautan Kasih Bersama Waris Tahun 6...

TARIKH : 20 JAN 2019 HARI : AHAD MASA : 10.00 - 12.30 tgh TEMPAT : DEWAN SKBB5

Antara objektif majlis ini :

1. Meningkatkan kefahaman murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan tahap pencapaian akademik.

2. Merealisasikan sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah murid

3. Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan murid akan tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju kecemerlangan akademik, ko akademik dan ko kurikulum

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian Encik Hamizan bin Hj Ahad memulakan ucapan alu aluan dan menerangkan tentang hala tuju dan perancangan Tahun 6 2019. Ia disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh En Mohd Elmi bin Md Said NYDP PIBG SKBB5.

Seterusnya, bacaan ikrar Akur Janji oleh Ketua Murid dan Wakil Ibu bapa. Acara simbolik menandatangani sepanduk oleh wakil murid setiap kelas merupakan acara kemuncak pada ketika itu. Majlis diakhiri dengan pemilihan Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 dalam kalangan ibu bapa / penjaga.

SEKILAS PANDANG MAJLIS TAUTAN KASIH




Majlis Lambaian Kasih, Budi Disanjung...

TARIKH : 20 JAN 2019
HARI : AHAD
MASA : 7.30 - 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBB5

Majlis ini bertujuan untuk meraikan guru-guru SKBB5 yang telah berpindah ke sekolah lain. Ini merupakan salah satu cara kami menghargai guru-guru yang pernah menjadi keluarga SKBB5 suatu ketika dahulu. Sememangnya perpisahan itu suatu yang memilukan namun, kami sentiasa kekal positif demi anak bangsa yang kami cintai.

TERIMA KASIH

Cikgu Suhana
Cikgu Zuraida
Cikgu Sakniah
Cikgu Syaainurdiya
Cikgu Zatiah
Puan Patiah

SEKILAS PANDANG MAJLIS LAMBAIAN KASIH




Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda SKBB5...

TARIKH : 18 JAN 2019
HARI : JUMAAT
MASA : 7.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKBB5


 ANTARA OBJEKTIF KURSUS INI :

1. Mengenalpasti nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang baik;

2. Mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan berdasarkan kepada situasi;

3. Mengenalpasti key result area dan critical success factors bagi pencapaian  

    objektif organisasi berdasarkan kepada Visi dan Misi sekolah;

4. Mengenalpasti budaya sekolah;

5. Membuat perancangan dengan teratur;

6. Menggunakan kaedah-kaedah berkomunikasi dengan berkesan;

7. Membina pasukan dan menggalakkan motivasi. 

 SEKILAS PANDANG KURSUS KEPIMPINAN 



18 January 2019

Ucapan Tahun Baru 2019...

En Hamizan bin Hj Ahad ( Guru Besar SKBB5)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Muafakat Johor, Salam Muar Pendidikan Mampan dan Salam SK Bakri Batu 5 Lestari.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidik SK Bakri Batu 5 serta komuniti setempat atas usaha murni dengan jayanya telah menggarap dalam mencipta kegemilangan sederap sebagai satu gerakan yang berwawasan yang mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi yang dapat membentuk keterampilan tenaga kerja secara holistik.

Ianya dilengkapi dengan keperbadian berkualiti ,cekap, berwawasan sebagai  hero teachers’  ke arah membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan mampu menguasai denganterbaik kearah merealisasikan kemenjadian murid untuk melahirkan modal insan berkualiti yang berstatus ‘global player’ serta menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0