VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN  BAKRI BATU 5 MUAR

Pada tahun  1955, Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar telah didirikan dengan  nama Sekolah Rakyat Bakri Batu 5. Sekolah ini didirikan secara gotong- royong di atas tapak yang dihadiahkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ashari bin Abdullah. Beliau adalah pengasas sekolah ini. Modal permulaan untuk membina bangunan sekolah tersebut ialah sebanyak RM2000. Bangunan sekolah  ini telah siap dibina pada tahun 1955 dan telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Muar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah para pegawai daripada Jabatan Pendidikan Johor.

Dengan terbinanya sekolah tersebut, maka ramai anak penduduk Kampung Baru, Kampung Sri Tanjung, dan Kampung Parit Wahid dapat bersekolah. Jumlah murid pada tahun itu (1955) ialah seramai 60 orang. Tenaga pengajarnya pula seramai 3 orang. Pada tahun 1957, nama sekolah tersebut  ditukar  kepada Sekolah Umum Bakri Muar. Pada tahun 1962, sekali lagi nama sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar dan diiktiraf oleh kerajaan. 



Oleh kerana pertambahan murid, maka pada tahun 1968 dan tahun 1976, kerajaan telah meluluskan pembinaan dua buah bangunan tambahan yang masing- masing mengandungi empat dan dua buah bilik darjah. Pada tahun 1978, satu blok bangunan dua tingkat didirikan yang mengandungi lima buah bilik darjah, pejabat guru besar, pejabat sekolah, dan bilik rehat guru. Pada tahun 1987, sebuah blok bangunan yang mengandungi tiga buah bilik darjah  didirikan. Pada Tahun 1989 , kementerian telah meluluskan pembinaan 4 buah bilik darjah yang di bina secara gotong- royong.



Kepesatan pembangunan di persekitaran sekolah ini telah menyumbang kepada pertambahan murid. Keperluan bilik darjah semakin mendesak. Justeru itu , pada tahun 1994, kerajaan telah meluluskan peruntukan membina sebuah blok  bangunan dua tingkat yang mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah Pusat Sumber Sekolah serta padang yang keluasannya dianggarkan 4 ekar 3 rod 20 pol. Pada 18 Oktober 1994, pihak Kementerian Pendidikan telah menyerahkan bangunan tersebut dengan rasminya kepada pihak sekolah untuk digunakan.

SENARAI GURU BESAR 


1 En Omar Khairi bin A. Shukor  01. 03. 1955 - 01. 03. 1956



2 En. Abd. Rahman bin Rohani 01. 04. 1956 - 15. 10. 1960



3 Tuan Haji Hassan bin Ahmad  16. 10. 1960 - 11. 03. 1978



4 Tuan Haji Dalhar bin Haji Hanan 12. 03. 1978 - 30. 07. 1978



5 En. Abd. Hamid bin Md. Diah 01. 08. 1978 - 31. 12. 1979



6 En. Abu Kassim bin Koming 01. 01. 1980 - 31. 03. 1989



7 Tn. Haji Zainal bin Abd. Ghani  01. 04. 1989 - 11. 10. 1990



8 En. Masman bin Roslan 16. 02. 1991 - 15. 07. 1992



9 Tn. Haji A. Mutalib bin Haji Omar 16. 09. 1992 - 09. 07. 1993



10 En. Sanip bin Suradi   16. 01. 1994 - 2003



11 Pn  Hajah  Noreen Bt Hj Mansor 13. 03. 2003 - 16. 09. 2005



12 Pn Rohana Bt Selamat     16. 09. 2005 – 14. 09. 2009



13 Pn Hjh Jamilah binti Hj Abdullah  2009  -  2011

14 Pn Hjh Maznah Binti Amir  2011 - 2014

15 Tn Hj Mas'ood bin Idris  2014 - 2017

16. En Hamizan bin Hj Ahad  20. 09. 2017 - 17. 04. 2019

17. Pn Rashidah binti Ibrahim 17. 04. 2019


SENARAI YANG DIPERTUA PIBG 
  
1 En. Mahat bin Dahlan    1980   -    1981



2 Tn. Haji Jaafar bin Samin 1982   -    1986



3 En. Mahat bin Dahlan 1987   -    1990



4 En. Musyrik bin Yusof 1990   -    1995



5 En. Kamsano bin Padikon 1995   -   2012

6 Tn Hj Fadzil bin Mohd Amin  2012 - 2019

En. Md Elmi bin Hj. Jaafar  2019