VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

09 May 2011

TEAM FUTSAL SKBBL MENGGANAS...???


      Pertandingan Futsal DUN Maharani telah berlangsung di Galaxy Futsal, Jalan Junid pada 30 April yang lalu. Team Futsal SKBBL turut menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 2 pasukan ( senior Team A dan pelapis Team B ). Walaupun baru 1 minggu berlatih, azam Team A tetap teguh iaitu memburu gelaran juara manakala Team B menimba seberapa banyak pengalaman dalam pertandingan tersebut.

    Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuahkan hasil apabila Team A mendapat JOHAN dan Team B NAIB JOHAN. Sememangnya kebangkitan Team B sebagai pasukan 'underdog' dikalangan pasukan lain sekitar DUN Maharani mengejutkan banyak pihak termasuk Jurulatih mereka sendiri. Kedua-dua pasukan akhirnya bertemu sesama sendiri pada peringkat akhir dan keputusan memihak kepada Team A. SYABAS DAN TAHNIAH !!!!!!.

03 May 2011

PATUHI SEGERA GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH


Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.

Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.  Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.
Garis Panduan Kantin Sekolah juga menyenaraikan makanan yang sesuai dijual di kantin sekolah, di samping tahap keselamatan dan kebersihan yang perlu diamalkan oleh pengusaha kantin.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meminta supaya pihak sekolah segera melaksanakan garis panduan ini. Walaupun garis panduan ini masih perlu dikemas kini dari semasa ke semasa, namun apa yang terkandung dalamnya secara asasnya sudah cukup untuk menjadi panduan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kantin yang sihat dan selamat untuk pelajar sekolah.

Setiap sekolah mempunyai jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru dan pengusaha kantin. Jawatankuasa ini perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Daerah bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi.

27 April 2011

SEMANGAT HARIMAU MUDA PRA SEKOLAH SKBBL ?


Semangat harimau muda. Itulah jolokan yang diberikan kepada Team Prasekolah SKBBL yang telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan semasa Kejohanan Olahraga Pra Sekolah Zon Maharani pada 21 April yang lalu. Atas bimbingan guru dan kesungguhan murid-murid, membuahkan hasil apabila mereka berjaya memperoleh :




2 EMAS
Lompat Jauh lelaki dan Lompat Tinggi perempuan

1 PERAK
4 X 50M perempuan

4 GANGSA
Lompat Jauh perempuan
Lontar Bola Lisut perempuan
80 M lelaki
60 M lelaki

Kejayaan yang dicapai ini, melayakkan mereka untuk membawa pulang piala pusingan untuk JOHAN KESELURUHAN  namun, apa yang lebih membanggakan ialah adik Puteri Najihah Abd Wahab telah memecahkan rekod dalam acara Lompat Tinggi Perempuan dengan ketinggian 0.8 meter. SYABAS dan TAHNIAH !!!!!

26 April 2011

SEKITAR LAWATAN DARI BANGKOK THONBURI UNIVERSITY




TENTATIVE PROGRAM

-         THE ARRIVAL OF THE HONORABLE GUESTS
-         MARTIAL ARTS PERFORMANCE
-         PHOTOGRAPHY SESSION
-         PERFORMANCE OF : ACTION SONGS AND NASYID
-        A WELCOMING SPEECH BY PN HJH MAZNAH BT AMIR, THE HEADMISTRESS OF 
            SKBBL
-        A SHORT SPEECH BY THE REPRESENTATIVE OF BANGKOK THONBURI UNIVERSITY
            DELEGATION
-         A TOUR AROUND SCHOOL
-         LUNCH
-         DISMISS

        ROMBONGAN PARA DELEGASI SERAMAI 80 ORANG KE SKBBL ADALAH BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI IDEA DAN PENGALAMAN KHUSUSNYA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SELAIN MENGETAHUI BUDAYA DAN CORAK PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

22 April 2011

HARI BUKU SEDUNIA 2011 SKBBL


  
         Hari Buku Sedunia diperingati setiap  23 April, HARI tersebut merupakan HARI KEMATIAN penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes IAItu pada tahun 1616. TaRIKH 23 April juga sebagai taRIKH lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan HARI tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.

    BERSEMPENA HARI TERSEBUT, PENYELARAS PSS BERSAMA JAWATANKUASANYA TELAH MENGAMBIL LANGKAH MERANGKA PROGRAM-PROGRAM MENARIK KHUSUS UNTUK WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI SETEMPAT. ANTARANYA IALAH PERTANDINGAN MENGARANG ESEI, PERTANDINGAN MEWARNA DAN PAMERAN BUKU PADA HARI SABTU, 23 APRIL 2011 BERTEMPAT DI SKBBL. KOMUNITI SETEMPAT DIJEMPUT HADIR PADA WAKTU TENGAHARI UNTUK PAMERAN JUALAN BUKU YANG MENAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN.

15 April 2011

2011 TAHUN REZEKI UNTUK SKBBL ???...


SYABAS DAN TAHNIAH  BUAT  TEAM ENGLISH PANEL APABILA BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG SEMASA ENGLISH FESTIVAL ZON MAHARANI YANG LALU.BERKAT KESABARAN DAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, GURU-GURU DAN MURID-MURID MEMBUAHKAN HASIL. ANTARA KEJAYAAN YANG DICAPAI IALAH :

1. TEMPAT PERTAMA - STORY TELLING PHASE 1
2. TEMPAT PERTAMA - ACTION SONG PHASE 1
3. TEMPAT KETIGA - PUBLIC SPEAKING PHASE 2
4. TEMPAT KEEMPAT - SPELLING YEAR 5

08 April 2011

SELAMAT BERTUGAS.....


SELURUH WARGA SKBBL MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PN JAMLIYAH BT TAMAM, GPK HEM YANG BARU.

       Sebelum menjejakkan kaki ke SKBBL, beliau adalah seorang guru pemulihan di SK Sungai Raya, Muar. Pengalaman selama 7 tahun di sana akan dijadikan sandaran untuk beliau menerajui Unit HEM SKBBL. 
       Apabila ditanyakan soalan tentang visi dan misi beliau di sini, beliau akan membuat panambah baikan dari aspek sahsiah dan disiplin pelajar serta menerapkan BUDAYA SALAM DAN BERSALAMAN .

      Menurut beliau, salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara warga sekolah, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat.

07 April 2011

TEAM OLAHRAGA SKBBL MAJU SETAPAK LAGI...





      Pencapaian terbaik SKBBL dalam arena olahraga pada peringkat Negeri Johor adalah pada tahun 2009 apabila peserta acara Lompat Pagar 80M dari sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keempat.
       
      Diharapkan agar kejayaan dan peluang yang diperolehi, digunakan sepenuhnya oleh Amzar, Zafirah dan Ain apabila mereka terpilih untuk mewakili Kontinjen Daerah Muar ke Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka dan Team Jurulatih sekolah dibawah kelolaan   En Kamarzaman B Selasa.
        
      Mengimbas kembali kejayaan di Peringkat Daerah, SKBBL telah berjaya meraih 2 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA dan 2 PIALA PUSINGAN UNTUK JOHAN KESELURUHAN 4 X 200M L10 dan P10.
   

SYABAS.....


MAJLIS TADARUS AL QURAN & FESTIVAL NASYID ZON MAHARANI
Tarikh : 2 April 2011
Tempat : SK Dumpar, Muar

Antara kejayaan yang telah dicapai ialah :

KETIGA - BERCERITA KISAH AL QURAN
KETIGA - BERZANJI
KEDUA - SENI KHAT
KEDUA - NASYID

27 March 2011

SYABAS TEAM OLAHRAGA PEND KHAS...



KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SUKAN PEND KHAS DAERAH MUAR KALI KE 7.

TARIKH : 9 MAC 2011
TEMPAT : PADANG MRSM


Ucapan syabas dan tahniah atas usaha dan kesungguhan 'Team Pend Khas' sehingga berjaya meraih kejayaan dalam kejohanan tersebut.


1. Nur Ain Fazlina Bte Md Rafie'
- PERAK : lompat jauh dan 200 M perempuan junior
- GANGSA : 100 M perempuan junior

2. Mohd Shukeri B Abdul Wahab
- PERAK : lompat jauh dan 100 M  lelaki junior
- GANGSA : 4X100 M lelaki junior


3. GANGSA : 4X100 M lelaki junior

09 March 2011

PENGGILIRAN PUSAT AKTIVITI PROGRAM PENUTUR JATI





   PENGGILIRAN PUSAT AKTIVITI PROGRAM PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DI BAWAH DASAR MBI UNTUK GURU-GURU TAHAP 1 DAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR LEDANG 2011

KLUSTER BAKRI


BIL
SEKOLAH/PUSAT AKTIVITI
BULAN
MASA
HARI
1
SJKC PU NAN
MAC/JUN/SEPT
2.30 PTG
SELASA
2
SK PARIT BAKAR TENGAH
APRIL/JUL/OKT
3
SK SERI BUKIT BATU
MEI/OGOS/NOV

ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI



        Bertempat di BTPN Johor Bahru, Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri telah dipertandingkan. Sebanyak 14 buah Daerah mengambil bahagian, tidak terkecuali SKBBL yang bertanding bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.TAHNIAH dan SYABAS kepada AINUR AINIE BT. MOHD ELMI yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.Pada peringkat ini, pelajar terbabit secara aktif dalam Program Nilam akan dinilai bukan saja dari segi bilangan buku dibaca tetapi juga kemahiran mereka menjawab soalan penilaian yang dijalankan oleh hakim dilantik.
    Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Pn Suhana Bt A Shukor serta Jawatankuasanya atas daya usaha cemerlang yang membuahkan hasil.
Sila klik pada link di bawah untuk keputusan penuh :

05 March 2011

UPPM 1 TAHUN 6 & SETARA 1 TAHUN 4 & 5


TARIKH
SUBJEK
WAKTU
MASA
SELASA
8 MAC
B MELAYU PEMAHAMAN
B MELAYU PENULISAN
REHAT
MATEMATIK K2
BELAJAR SEPERTI BIASA
07.40-08.30pg
09.00-10.15pg
10.20-10.40pg
11.00-11.40pg
11.40-01.10tgh
50 mnt
1j 15mnt
20 mnt
40 mnt

RABU
9 MAC
MATEMATIK K1
PEND ISLAM
REHAT
BELAJAR SEPERTI BIASA
07.40-08.40pg
09.10-10.10pg
10.20-10.40pg
10.40-12.40tgh
1 jam
1 jam
20 mnt

KHAMIS
10 MAC
SAINS
B INGGERIS K1
REHAT
B INGGERIS K2
BELAJAR SEPERTI BIASA
07.40-08.55pg
09.20-10.10pg
10.20-10.40pg
11.00-12.15tgh
12.20-12.40tgh
1j 15mnt
50 mnt
20 mnt
1 j 15mnt


28 February 2011

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH






Sejajar dengan pengisytiharan 19 Februari pada setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia, SKBBL telah mengambil kesempatan menggunakan perhimpunan rasmi sekolah untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Bagi Negeri Johor, Sambutan Minggu Anti dadah dicadangkan mulai 28 Februari 2011 hingga 5 Mac 2011.

Acara dimulakan dengan bacaan Ikrar Anti Dadah oleh wakil murid. Seterusnya ialah Perutusan oleh Pengarah Pelajaran Johor yang  dibacakan oleh GPK Ko Kurikulum. Menurut Penyelaras Kelab Anti Dadah SKBBL, En Khairul Anuar B Zakariya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya ialah :

1. Ceramah
2. Pameran
3. Kuiz
4. Melukis poster


PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BERMULA...








TARIKH                    : 26 FEBRUARI 2011 / SABTU
TEMPAT                   : DEWAN SKBBL
KUMP SASARAN     : CALON-CALON UPSR
SUBJEK                   : BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
PENCERAMAH : BAHASA INGGERIS - EN KAM BENG HOOI ( SK PARIT BUNGA )
                            BAHASA MELAYU   - PN NORMAH HASSAN ( SKBBL )
                                                              - PN NURUL FITRI FATIHAH ABDULLAH ( SKBBL )


Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah memulakan langkah awal dalam memastikan minda calon-calon UPSR SKBBL sentiasa fokus dan menentukan matlamat mereka. Objektif utama program seumpama ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada murid :


1.Teknik yang betul menjawab soalan yang dikemukakan.
2.Mengetahui keperluan dan kehendak soalan
3.Berkeyakinan menjawab soalan
4.Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan
5.Bersedia untuk menghadapi peperiksaan

Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tghari. Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan persediaan mental dan fizikal yang terbaik agar mereka berkeyakinan untuk menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini.

21 February 2011

TEAM SOLIVITE BERKUNJUNG KE SKBBL




Selain tujuan mempromosikan produk, Team Solivite juga menggalakkan agar murid-murid mengamalkan 5R ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai akvititi telah disediakan untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6 antaranya ialah tayangan video, kuiz dan minuman solivite secara percuma.                                                             Suasana semakin gamat apabila maskot solivite turut sama menari lagu tema bersama murid-murid. Kemuncak acara ialah pengumuman pertandingan rekacipta menggunakan botol-botol Solivite. Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 8000.

20 February 2011

KENALI GURU BESAR SKBBL YANG BARU


                                                                                                               
     Nama penuh beliau ialah Pn Hjh Maznah Bt Amir. Sebelum menjejakkan kaki ke SKBBL, beliau telah berkhidmat selama 7 tahun di SK Parit Pechah, Parit Jawa.   
     
    Apabila ditanyakan soalan mengenai perancangan beliau di SKBBL ini, beliau mahu sekolah ini menjadi sekolah 'NEW DEAL'. Menurut beliau lagi, melalui perancangan stategik yang telah dirangka, beliau pasti SKBBL akan berjaya seperti apa yang beliau telah buktikan di SK Parit Pechah.    

Apa itu  'NEW DEAL' atau  BAI'AH ?     

     Bersesuaian dengan NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan telah menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.  

      New Deal atau Bai'ah Baru yang diperkenalkan kerajaan adalah bertujuan menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar bagi memastikan sekolah ditadbir secara profesional serta menunjukkan prestasi cemerlang.Sekiranya sasaran itu dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Namun bagi mereka yang tidak mencapai sasaran selama dua tahun berturut-turut, tidaklah terlepas daripada pemerhatian kerajaan.     
                                                                                                                                 




JADUAL UJIAN BULANAN 
TAHUN 4 & 5 SKBBL




TARIKH
MATAPELAJARAN
WAKTU
SELASA
22 FEB
Bahasa Melayu – Pemahaman
Bahasa Melayu – Penulisan
REHAT
Matematik – Kertas 2
Matematk – Kertas 1

07.40 – 8.30 pg
09.00 – 10.15 pg
10.20 – 10.40 pg
11.00 – 11.40 pg
12.00 – 1.00 tgh

50 m
1 j 15 m
20 m
40 m
1 j
RABU
23 FEB
Sains
Bahasa Inggeris – Kertas 1
REHAT
Bahasa Inggeris – Kertas 2

07.40 – 8.55 pg
09.20 – 10.10 pg
10.20 – 10.40 pg
11.00 – 12.15 tgh

1 j 15 m
50 m
20 m
1 j 15 m


09 February 2011

PROGRAM PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DAERAH MUAR 2011


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah: 

  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah 

Bagi Kluster Bakri, terdapat 5 buah sekolah kelompok iaitu SK Parit Bakar Darat, SK Parit Bakar Tengah, SK Seri Bukit Batu, SJKC Punan dan SK Bakri Batu 5. SKBBL telah diberi mandat sebagai sekolah pusat atau 'central school' bagi projek ini dimana SKBBL menjadi tempat bagi sekolah-sekolah dibawah kluster Bakri mengadakan pertemuan atau kursus yang wajib dihadiri oleh guru-guru terlibat.

SKBBL mengucapkan selamat datang kepada Mr Jeremy Barclay Smith dari Australia, yang akan memulakan tugas beliau pada 14 Februari 2011 di sekolah-sekolah kelompok yang terpilih.

30 January 2011

SELOKA BUAT PUAN GURU BESAR


Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

PUAN HJH JAMILAH  panggilan mesra
Guru BESAR yang banyak berjasa
16 sept 1960 tarikh keramat
lahirnya beliau di batu pahat
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
26 TAHUN begitulah lama

Dari muda hingga sekarang
Pada perguruan  juga yang setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek kita semua

sebut sahaja sekolah yang mana
 tempat yang tinggi seperti sm tinggi muar
hingga ke tempat yang paling manis macam sk ladang air manis
tapi manisnya tidak sama
macam bakri batu lima
Lihatlah betapa cemerlangnya sekolah kita
Hasil bimbingan puan tercinta

bertemu jodohnya tn hj md shukri mutammim
kerja apa ?
jawabnya pdrm
orangnya tegas
tapi hati…. first class

Kini sudah tibanya masa
Berpindah puan kerana kerjaya
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama gb yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selama-lamanya
Jasamu puan tak mungkin dilupa
Pemergianmu puan kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim kita terus terpatri
Biarpun puan  tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami di sini sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga puan sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sekeluarga hendaknya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada 
http://cikguaniza-bahasamelayu.blogspot.com/2009/01/seloka-guru-bersara.html 
sebagai sumber rujukan kami.