VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

06 May 2021

Selamat Bersara Cikgu lajat...

JASAMU DIKENANG, 

BUDIMU TAK TERBILANG, 

SEMANGATMU DIJULANG,

KEPIMPINANMU GEMILANG.

 Seluruh warga dan komuniti SKBB5 mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Lajat bin Ahmad. Terima kasih kerana sudi menjadi keluarga kami sejak 2012. Segala jasa bakti yang telah diberikan selama ini tidak akan kami lupakan. Semoga diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.

.........................................................

SKBB5 family wishes Cikgu Lajat bin Ahmad a happy retirement. Thank you for being with us since 2012. We will never forget your devotion and kindness. May you'll be given good health and happiness.

03 May 2021

Tahniah Is'ad Nur Qaseh...

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANYFLIP

PROGRAM PEMBANGUNAN PEMIMPIN MUDA JOHOR STUDENT LEADERS BOARD DAERAH MUAR

TAHNIAH dan SYABAS !!! Is'ad Nur Qaseh bin Nazirulizam atas kejayaan mendapat tempat KE TUJUH dalam pertandingan tersebut.

Is'ad berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 peserta terbaik daripada 15 peserta yang bertanding. Semua acara berlangsung secara atas talian.

........................................................................

DIGITAL ANYFLIP SCRAPBOOK COMPETITION : STUDENT LEADERS BOARD MUAR DISTRICT LEVEL

CONGRATULATIONS to Is'ad Nur Qaseh bin Nazirulizam for his achievement as the SEVENTH place winner in the competition.

Out of 15 participants who competed, Is'ad managed to place himself among the top 10 finalists. All the events took place via online.

02 May 2021

Tahniah Qaleesya...


 PIDATO SPONTAN BAHASA INGGERIS STUDENT LEADER BOARD DAERAH MUAR

TAHNIAH dan SYABAS !!! Nur Qaleesya Umairah binti Nor Esam atas kejayaan mendapat tempat KETIGA dalam pidato tersebut.

Pada 25 April yang lalu (saringan 1), Qaleesya berjaya menempatkan diri dalam kalangan 5 peserta terbaik untuk layak ke peringkat akhir daripada 12 peserta yang bertanding. Semua acara berlangsung secara atas talian.

........................................................................

PUBLIC SPEAKING : STUDENT LEADER BOARD MUAR DISTRICT LEVEL

CONGRATULATIONS to Nur Qaleesya Umairah binti Nor Esam for her achievement as the THIRD place winner in the competition.

On April 25 (screening 1), out of 12 participants who competed, Qaleesya managed to place herself among the top 5 finalists. All the events took place via online.