VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

31 October 2015

Cuti Khas Peristiwa...

Adalah dimaklumkan bahawa ESOK, 1 November (Ahad) sebagai cuti khas bagi seluruh Negeri Johor atas kejayaan Pasukan Bola Sepak JDT menjuarai Piala AFC.

Harap maklum.


Keputusan penuh : JDT 1 - FC Istiklol 0

28 October 2015

Majlis Lambaian Kasih...

PERSARAAN PN AZIYAH BT TAHA, KETUA KERANI KEWANGAN SKBBL YANG BERSARA WAJIB PADA HARI INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS USAHA BAKTI DAN KOMITMEN BELIAU MENGURUS TADBIR KEWANGAN SEKOLAH SECARA BERHEMAH DAN EFISYEN. JASA BELIAU AKAN KAMI KENANG. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.



 

Pasukan Sky Kick Junior di Harian Metro...


26 October 2015

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA / PENJAGA SKBBL

Sesi Pemulangan Buku Teks 2015 dan Penerimaan Buku Teks 2016.

1 NOV / Ahad / 10.10 - 12.10 / TAHUN 1
2 NOV / Isnin / 10.10 - 12.10 / TAHUN 2 DAN 3
3 NOV / Selasa / 10.10 - 12.10 / TAHUN 4 DAN 5
4 NOV / Rabu / 10.10 - 12.10 / TAHUN 6


















 


















Sila ambil perhatian kepada beberapa peringatan mesra dari pihak SPBT.
Sila rujuk edaran surat yang telah diberikan kepada anak-anak tuan puan untuk maklumat lanjut.

Tahniah SKBBL...

A. SKBBL telah menjadi JOHAN Futsal sempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober yang lalu. 

B. Kejohanan Futsal Milo Johor peringkat Negeri pada 24 Oktober 2015.

1. Khairil Azizi B Sahri ( pemain terbaik kejohanan )
2. Md Danial B Asri
3. Md Syahrin Irwan B Atanan

Mereka akan mewakili Johor ke peringkat Kebangsaan Futsal Milo di Kuala Lumpur pada Disember nanti.

SYABAS DAN TAHNIAH !!!

24 October 2015

Tahniah SKBBL...

PASUKAN PERMAINAN TRADISIONAL SKBBL TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN  PERTANDINGAN BATU SEREMBAN DI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI JOHOR YANG TELAH BERLANGSUNG DI DATARAN JOHOR BAHRU.

TAHNIAH DAN SYABAS.

 

22 October 2015

Warga Pendidik SKBBL...


Sila ke ruangan MUAT TURUN untuk mendapatkan:

----> SENARAI NAMA MURID terkini.
----> MODUL PEREKODAN terkini tahun 4, 5 dan 6.
 

Hubungi ADMIN untuk mendapatkan kata laluan (senarai nama murid) atau 
jika menghadapi kesulitan untuk memuat turun bahan.

Harap maklum.

Peperiksaan Akhir Tahun...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SKBBL

Surat edaran berkaitan peperiksaan untuk rujukan tuan/puan telah diedarkan kepada murid-murid SKBBL.



Peringatan mesra :

Sila pastikan waktu balik anak-anak tuan/puan semasa minggu peperiksaan.

Harap maklum.

Lensa SKBBL...

MAJLIS LAMBAIAN KASIH GURU-GURU YANG BERPINDAH





20 October 2015

Sekolah dibuka semula....

PERHATIAN KEPADA SELURUH WARGA SKBBL DAN KOMUNITI

Semua sekolah di Daerah Muar perlu DIBUKA SEMULA pada 21 OKTOBER 2015 (RABU) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh KPM.

Harap maklum.

 
Sila klik di sini untuk membaca kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

19 October 2015

Pengumuman Cuti...

PERHATIAN KEPADA SELURUH WARGA SKBBL DAN KOMUNITI

Semua murid dan guru Daerah Muar DICUTIKAN pada 20 OKTOBER 2015 (SELASA) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh KPM.

Harap maklum.

 
Sila klik di sini untuk membaca kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 

18 October 2015

Permohonan MRSM 2016...


 PERMOHONAN SECARA ONLINE : 19 OKTOBER - 8 NOVEMBER 2015

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila klik di sini untuk membaca panduan permohonan Ting 1.

Sila klik di sini untuk membaca panduan permohonan Ting 4. 

Sila klik di sini untuk permohonan Ting 1. 

Sila klik di sini untuk permohonan Ting 4.  

Harap maklum. 

Sejarah Tercipta...!!!

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SKBBL KERANA MUNCUL SEBAGAI JUARA LIGA JDT DAERAH MUAR PADA 16 OKTOBER YANG LALU, SEKALIGUS LAYAK BERAKSI PADA PUSINGAN SETERUSNYA DI PADANG SRI GELAM.

AYUH SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEJAYAAN MEREKA


14 October 2015

Education On Air bersama Google...

KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK !!!

JOM sertai EDUCATION ON AIR bersama GOOGLE pada 
1 NOVEMBER 2015 / AHAD.

Daftarkan diri anda sebagai peserta seminar untuk melihat pembentangan dan berinteraksi bersama hampir 50 orang pembentang dari golongan pendidik di seluruh Malaysia.

Sila klik di sini untuk informasi lanjut / mendaftar.

Permohonan SBP Ting. 1 2016...

PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2016 TINGKATAN 1

Dibuka pada : 15 OKTOBER 2015
Ditutup pada : 15 NOVEMBER 2015





Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut dari KPM.

Sila klik disini untuk membaca panduan permohonan.

Sila klik disini untuk membuat permohonan SBP 2016 Ting 1.

Peringatan Mesra :

Aplikasi hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh permohonan dibuka.

Harap maklum
PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2016 TINGKATAN 1

Pautan Sumber: mysumber.com
PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2016 TINGKATAN 1

Pautan Sumber: mysumber.com

Salam Maal Hijrah...


Perpaduan Nadi Transformasi Negara

SALAM MAAL HIJRAH 1437 H / 2015 M
DARI KAMI WARGA SKBBL KEPADA SELURUH 
KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Selamat Datang...

Tahniah kepada Cikgu Khairol Anuar kerana menjadi sebahagian daripada warga pendidik SKBBL

 
En. Khairol Anuar B Ibrahim
Guru Kaunselor

08 October 2015

Pemantauan Buku Teks SPBT...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SKBBL

PERKARA : Pemantauan Buku Teks SPBT 2015
TARIKH : 19 Oktober 2015
MASA : 10.10-11.40 pg
TEMPAT : Kelas masing-masing

PERINGATAN MESRA :

1. Pastikan buku teks dalam keadaan baik.
2. Buku teks perlu disampul dengan sampul plastik lutsinar.
3. Pastikan buku teks cukup bilangannya mengikut tahun.
4. Pastikan nama dan tahun telah ditulis.

Kerjasama tuan / puan amat kami hargai. Harap maklum.

Hari Sukan Negara...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SKBBL
  
TARIKH : 10 Oktober 2015
HARI : Sabtu

Aturcara Program :

PAGI
- Murid berkumpul di dataran sekolah
- Guru kelas mengambil kehadiran
- Senamrobik
- Sukantara

SELEPAS REHAT
- Pertandingan mewarna ( Tahun 1 hingga 6 )

PERINGATAN MESRA :

1. Hari persekolahan mengikut jadual hari Rabu. ( murid bawa buku mengikut jadual selepas rehat )
2. Berpakaian sukan.
3. Bawa peralatan mewarna.
4. Bawa air minuman yang secukupnya.
5. Murid pulang pada jam 1.10 ptg

Harap maklum.

07 October 2015

Pembatalan Aktiviti Sukan...

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SKBBL

PEMBATALAN LATIHAN RUMAH SUKAN, SUKANTARA DAN SUKAN TAHUNAN SKBBL.

Sila rujuk surat ; JBA5007/100-19/1/14 bertarikh 4 Oktober 2015 yang telah diedarkan kepada murid-murid SKBBL untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Harap maklum.

04 October 2015

Pengumuman Cuti...

PERHATIAN KEPADA SELURUH WARGA SKBBL DAN KOMUNITI

Semua murid, guru dan kakitangan sekolah Daerah Muar DICUTIKAN pada 
5 dan 6 OKTOBER 2015 ( ISNIN dan SELASA) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh KPPM.

Harap maklum.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia.