VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MENGHITUNG HARI...

MAKLUMAN...

Profil Sekolah

Visi  Sekolah  Kebangsaan  
Bakri  Batu  5  Muar

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi  Sekolah  Kebangsaan 
Bakri  Batu  5  Muar

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti 
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PENDEKATAN KERJA KE ARAH
MENCAPAI MATLAMAT

PRINSIP PENGURUSAN
PRINSIP KERJA
Banyak mendengar
Utamakan yang wajib
Tambah daya usaha
Jangan abaikan yang biasa
Kekalkan petua yang baik

UBUDIAH - kerja sebagai ibadah masulah
MASULAH - Ketekunan Dan Kemahiran
ITQAAN - Bekerja Dengan Rasa Tanggungjawab




Objektif  Sekolah

1.Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran
2.Memastikan 100% murid mendapat perkhidmatan
   bimbingan kaunseling
3.100% aduan dan maklum balas pelanggan di layan
4.Memastikan pencapaian meningkat 3%
5.Melaksanakan pengurusan kewangan tanpa teguran.
 
  MATLAMAT  Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5 komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan sekolah kualiti dan meningkatkan keberkesanan secara berterusan. 

Piagam Sekolah

1.  Memberi  perkhidmatan  yang  cekap  dan  berkesan  kepada  semua  pelanggan.

2.  Menerima  dan  melaksanakan  tugas  secara, inovatif  dan  profesional dalam  usaha mewujudkan  kecemerlangan pendidikan.

3.  Memantau  semua  permasalahan  yang  wujud  secara  pemuafakatan  dan  menuju  ke   arah  ketiadaan  kesilapan ( Zero  Defect ).

4.  Peka  terhadap  matlamat  pendidikan  semasa  bagi  menghasilkan “ One  Step  Ahead ’’.

Lagu  Sekolah

Curahkanlah  taat  setia 

Pada sekolah yang kucinta

Rajin  usaha  untuk  jaya
Amalkan prinsip Rukun Negara

Guru  murid  padu  tenaga
Menuju  cita  nan  mulia
Berdisiplin dan berbudi  bahasa
Hormati  kedua  ibu  bapa

Sekolahku 
Yang ku  banggakan 
Majulah  untuk  selama – lamanya

Guru  murid  padu  tenaga
Menuju  cita  nan  mulia
Berdisiplin  dan  berbudi  bahasa
Hormati  kedua  ibu  bapa

 
Ikrar Sekolah

Kami, pelajar  -  pelajar  Sekolah  Kebangsaan  Bakri  Batu  5 , berikrar akan ;
Taat  kepada  perintah  tuhan
Taat  kepada  ibu  bapa  dan  guru
Patuh kepada peraturan sekolah
Berakhlak  mulia  dan  penyayang
Menjadi  pelajar  cemerlang  dan  warganegara 
yang  cintakan  Malaysia .

Maka  kami  rakyat  Malaysia  berikrar  akan  menumpukan seluruh tenaga  dan  usaha  kami  untuk  mencapai  cita – cita tersebut  berdasarkan  atas  prinsip – prinsip  yang  berikut : 
Kepercayaan  Kepada  Tuhan
Kesetiaan  Kepada  Raja  Dan  Negara
Keluhuran  Perlembagaan
Kedaulatan  Undang – Undang
Kesopanan  Dan  Kesusilaan 

Moto  Sekolah

Glitter Words


Cogan  Kata  Sekolah

TEKUN  membawa  pengertian  bekerja  dengan  bersungguh – sungguh  untuk  mencapai  kejayaan. Ketekunan  amat  perlu  kerana   setiap  kejayaan  yang  ingin  dimiliki  pasti  memerlukan  pengorbanan  atau  menempuh  pelbagai  cabaran.

BERSIH  pula  merupakan teras dan nadi keimanan.  Sesungguhnya  setiap  warga  lahir  dengan  bersih, dicorak  atau  dididik  memenuhi  aspirasi  Falsafah  Pendidikan  Negara  iaitu  melahirkan  insan  yang  seimbang  daripada  aspek  jasmani, emosi, rohani  dan  inteleknya. Kewajaran  ini  diakhiri  dengan  harapan, akan  lahir  pelajar  yang  bukan  sahaja  berilmu  malah  murni  jiwa, bertindak  atas  landasan  yang  benar.

Justeru  itu  cogan  kata   TEKUN  dan  BERSIH  bersesuaian  dengan  landasan  Wawasan  Pelajaran  Negara.
Lencana  Sekolah

  
Pengertian

Perisai     Lambang  jati  diri  dan  keutuhan peribadi.
Tekun  Dan  Bersih    Cogan kata tekun  memburu  kejayaan  dan  bersih  jiwa  dan  raga.
SKBB5     Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5.
Skerol     Sekolah  sebagai  wadah perkembangan  sains dan  teknologi.
Obor       Pendidikan  berterusan  penuh semangat murni.
Jari  5     Teras  perjuangan  pada  5  perkara rukun Islam dan  Rukun  Negara.
Padi       Menggambarkan  warga  yang  sentiasa hidup harmoni  menjana Harapan  Negara.
Bintang  Dan  Bulan   Lambang  agama  islam  dan  taat setia kepada pemerintah.
Buku      Budaya  ilmu  menjadi  nadi  kemajuan.