VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

16 September 2021

Selamat Hari Malaysia 2021...

Selamat Hari Malaysia 2021

Bersama kita kekalkan keharmonian merentasi bangsa, kaum, etnik, agama & budaya yang merupakan kunci kemajuan & kestabilan Negara

 

12 September 2021

Hari Hol...

13 September 2021 | 6 Safar 1443H

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

“Dan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu setiap ajal telah ditetapkan oleh Allah SWT.” A-li’Imraan : 145

11 September 2021

Tahniah Fahim...

 PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS ( MBMMBI) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MUAR 2021

 TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada FAHIM NURUDDIN BIN FADZIL yang telah mendapat NAIB JOHAN : Mini Documentary. Pertandingan ini telah berlangsung secara atas talian.

10 September 2021

Selamat Bercuti...

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Manfaatkanlah cuti anda ini dengan menguruskan masa secara berhemah 

#skbb5_ts25 

 #ilovedelima

08 September 2021

Tahniah Qisha...

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN ANJURAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada NURQISHA AUNI BINTI NORAZMI yang telah mendapat tempat KELIMA : Pakaian Beragam Kategori Pandu Puteri Kelip-Kelip. Pertandingan ini telah berlangsung dari 30 Ogos hingga 8 September secara atas talian.


 

04 September 2021

Semoga adik Yazlin kuat dan tabah...

SKBB5 PRIHATIN - Sumbangan berupa wang tunai dapat diberikan kepada adik Yazlin binti Khirul Yazid. Beliau merupakan murid tahun 5 Aspirasi yang baharu sahaja kehilangan ayah yang tersayang akibat nahas kemalangan jalan raya. Diharap bantuan ini dapat meringankan beban adik Yazlin sekeluarga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan.

02 September 2021

Selamat Datang Ke SKBB5...

Cikgu Muhammad Farid akan menjalani Praktikal selama 3 bulan di SKBB5.