VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

31 December 2021

Selamat Tahun baharu 2022...

 

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2021 Dan Selamat Datang 2022.

Semoga tahun baharu ini membawa seribu satu rahmat dan keberkatan buat kita semua

30 December 2021

Selamat Maju Jaya Cikgu Roziana...

Seluruh keluarga SKBB5 mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada Cikgu Roziana binti Abd Ajis. Beliau akan berpindah ke SK Parit Raja, Muar.

Kami menghargai segala usaha dan budi yang diberikan sepanjang berkhidmat bersama keluarga DELIMA. Semoga terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu.

#skbb5_ts25

#ilovedelima

09 December 2021

Selamat Bercuti...

SKBB5 MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI KEPADA MURID-MURID SERTA WARGA PENDIDIK DELIMA. GUNAKAN WAKTU YANG BERHARGA INI SEBAIK-BAIKNYA. WALAU DI MANA ANDA BERADA, SENTIASA AMALKAN BUDAYA NORMA BAHARU DALAM MENDEPANI PANDEMIK YANG DAHSYAT INI. LINDUNG DIRI...LINDUNG SEMUA.

#skbb5_ts25

#ilovedelima

Selamat Maju Jaya Cikgu Farid...

Seluruh keluarga SKBB5 mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Farid. Praktikal beliau selama 3 bulan di SKBB5 telah tamat.

Segala jasa bakti yang telah dicurahkan amat kami hargai. Semoga terus cemerlang dan berjaya sebagai seorang guru yang terbaik.

.........................................................................

SKBB5 family wishes the best of luck to Cikgu Farid. His practical session for 3 months at SKBB5 come to an end.

All the services that have been poured in ensuring the excellence of our students are very much appreciated. May you continue to excel and succeed as the best teacher.

14 October 2021

Mesyuarat Agung PIBG SKBB5...

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBB5

TARIKH : 15 Oktober 2021

MASA : 8.00 malam

SALURAN : GOOGLE MEET dan YOUTUBE LIVE SKBB5

SEMUA IBU/BAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR

09 October 2021

Selamat Kembali Ke sekolah...


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Kepada murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 
pada hari Ahad 10 Oktober.


16 September 2021

Selamat Hari Malaysia 2021...

Selamat Hari Malaysia 2021

Bersama kita kekalkan keharmonian merentasi bangsa, kaum, etnik, agama & budaya yang merupakan kunci kemajuan & kestabilan Negara

 

12 September 2021

Hari Hol...

13 September 2021 | 6 Safar 1443H

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

“Dan setiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu setiap ajal telah ditetapkan oleh Allah SWT.” A-li’Imraan : 145

11 September 2021

Tahniah Fahim...

 PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS ( MBMMBI) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MUAR 2021

 TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada FAHIM NURUDDIN BIN FADZIL yang telah mendapat NAIB JOHAN : Mini Documentary. Pertandingan ini telah berlangsung secara atas talian.

10 September 2021

Selamat Bercuti...

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Manfaatkanlah cuti anda ini dengan menguruskan masa secara berhemah 

#skbb5_ts25 

 #ilovedelima