VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

24 February 2019

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 43 SKBB5...

TARIKH : 19 Februari 2019
MASA : 7.45 malam 
TEMPAT : Kantin SKBB5


SKBB5 amat bertuah kerana Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Johor sudi berkunjung ke SKBB5 dan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 43.

Majlis bertambah serinya apabila Yang Berusaha Encik Puniran bin Denan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Muar turut sama memeriahkan lagi Mesyuarat Agung SKBB5 kali ini.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, kemudian disusuli ucapan alu-aluan oleh Encik Hamizan bin Hj Ahad. Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Fadzil bin Mohd Amin pula ringkas tetapi padat. Ketetapan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Johor. 

Majlis diteruskan lagi pada malam tersebut dengan gimik pelancaran Majalah Lestari 5 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hj Hassan. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR 5A 1B kepada Nafizatul Akma binti Abd Rahim dan Ahmad Irrazul Khair bin Juwahil oleh ang Berusaha Encik Puniran bin Denan . Yang berhormat juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada jawatankuasa PIBG tahun 2018.

Majlis kemudian berhenti rehat seketika dan disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG. Pelbagai usul telah dibahas dan dibincangkan dalam suasana yang penuh harmoni. Selain dari perbahasan usul, para ibubapa juga telah membuat undian untuk lantikan jawatankuasa baru bagi tahun 2019. Majlis diakhiri dengan cabutan hamper bertuah.

SEKILAS PANDANG MESYUARAT AGUNG PIBG








Lagi gambar di http://mail.gg.gg/d7vm6

No comments:

Post a Comment