VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

19 November 2015

Syabas Dan Tahniah SKBBL...

Assalamualaikum WBR dan Selamat Sejahtera. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komuniti setempat khususnya kepada ibubapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 atas sokongan dan kerjasama yang erat sehingga anak tuan-tuan dan puan-puan berjaya dalam peperiksaan. Kepada yang kurang berjaya, ingatlah bahawa ini bukanlah pengakhiran bagi kamu kerana perjalanan kamu untuk menggapai kecemerlangan masih terbuka luas. inshallah.

Saya mewakili pentadbiran sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada guru-guru subjek UPSR, semua guru SKBBL, calon-calon yang cemerlang dan berjaya serta ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada barisan gerak kerja PIBG yang diterajui oleh Tn Hj Fadzil B mohd Amin serta jawatankuasanya. Akhir kata, Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

Sekian.

Guru Besar SKBBL

No comments:

Post a Comment