VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

24 July 2015

RPH : Format Kelas Peperiksaan...

FORMAT PENULISAN REKOD MENGAJAR HARIAN
KELAS PEPERIKSAAN TAHUN 2015

1. Sumber Arahan :

1. SPI Bil. 3 /1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 9 Mac1999.
2. Catatan Minit Mesyuarat Dialog Prestasi Bilangan 2 Tahun 2015 bertarikh 5 Julai 2015 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.


2. Justifikasi Arahan :

1. Dikesan melalui pemantauan dan pemeriksaan didapati penulisan Rekod Mengajar Harian untuk kelas peperiksaan terlalu mudah dan tidak jelas tanpa menyatakan objektif berasaskan tajuk serta strategi dan bahan bantu mengajar yang digunakan.


3. Cadangan Format Penulisan :

TARIKH : ......
HARI :......
MASA :......
TAJUK :......
OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat ......
AKTIVITI :
1.
2.
3.
4.

BAHAN BANTU MENGAJAR :......
REFLEKSI / IMPAK:......

4. Sekiranya pihak pengurusan sekolah mendapati penulisan sedia ada telah memenuhi keperluan ini, maka tidak perlu dibuat sebarang perubahan.

5. Arahan ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh yang dimaklumkan.

 Yang menurut perintah,
(PUNIRAN BIN DENAN)
Pegawai Pendidikan Daerah Muar


* Surat ini adalah cetakan komputer. Surat sebenar akan diedarkan kemudian.

No comments:

Post a Comment