VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

03 November 2014





PROGRAM HARI ASYURA 2014
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKBBL

HARI : Isnin & Selasa
TARIKH : 3 & 4 November / 10 & 11 Muharram 1436H



Program dimulakan dengan tazkirah ringkas daripada ustz Khairul Anuar b Zakaria





Ucapan alu-aluan daripada En Ariff B Osman, GPK HEM

Program diakhiri dengan acara mengusap kepala anak-anak yatim dan sumbangan ikhlas daripada guru-guru yang diketuai oleh Pn Hjh Maznah Bt Amir Guru Besar SKBBL





PERISTIWA 10 MUHARRAM atau dikenali sebagai hari Asyura merupakan hari kebesaran Islam dalam Bulan Muharram kalendar Hijrah. Asyura diambil dalam angka bahasa Arab iaitu ' Asyara ' yang bermakna 10. Pelbagai peristiwa telah berlaku pada tarikh ini antaranya ; Nabi Adam 'alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 'alaihissalam, akan terjadinya hari kiamat dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.

1 comment: