VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

09 February 2011

PROGRAM PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DAERAH MUAR 2011


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah: 

  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah 

Bagi Kluster Bakri, terdapat 5 buah sekolah kelompok iaitu SK Parit Bakar Darat, SK Parit Bakar Tengah, SK Seri Bukit Batu, SJKC Punan dan SK Bakri Batu 5. SKBBL telah diberi mandat sebagai sekolah pusat atau 'central school' bagi projek ini dimana SKBBL menjadi tempat bagi sekolah-sekolah dibawah kluster Bakri mengadakan pertemuan atau kursus yang wajib dihadiri oleh guru-guru terlibat.

SKBBL mengucapkan selamat datang kepada Mr Jeremy Barclay Smith dari Australia, yang akan memulakan tugas beliau pada 14 Februari 2011 di sekolah-sekolah kelompok yang terpilih.

No comments:

Post a Comment