VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

24 January 2011

HILANGNYA DUA PERMATA







   Cik Hjh Nor Fatimah bt Md Salleh GPK HEM SKBBL akan bersara wajib pada hari Rabu, 26 Januari 2011. 
 
   Menjejakkan kaki ke SK Bakri batu 5 pada tahun 2008 sebagai GPK HEM  membuka satu lagi lembaran baru dalam perjalanan hidup beliau. Beliau merupakan guru dan pentadbir yang berpengalaman bukan sahaja sebagai pendidik berjaya malah beliau mempunyai visi misi yang tersendiri. Anugerah perkhidmatan cemerlang yang beliau perolehi pada tahun 1994, 2004 dan 2008 telah menjadikan beliau begitu prihatin dan memiliki ciri-ciri seorang guru dan pentadbir  yang dikagumi. Tuntutan kerja sebagai seorang guru juga tidak menghalang beliau untuk menguruskan hal-hal berkaitan sekolah dengan cemerlang dan jayanya. Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan menjadikan beliau sebagai sumber rujukan bukan sahaja dikalangan murid, tetapi juga dikalangan rakan-rakan guru.

   Segala jasa bakti dan kecemerlangan yang dicurahkan oleh beliau kepada sekolah, hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.
 
 Majlis Lambaian Kasih beliau akan diadakan pada hari RABU,  26 Januari 2011.

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi teratak
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa puan dilupa tidak





    Pn Hjh Jamilah Bt Hj Abdullah Guru Besar SKKBBL akan berpindah ke SK La Salle ,Kuala Lumpur. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua warga SKBBL. Segala jasa bakti dan kecemerlangan yang dicurahkan oleh beliau kepada sekolah, hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya. Doa kami mengiringi pemergian beliau.

    Majlis Lambaian Kasih beliau akan diadakan pada hari JUMAAT,  28 Januari 2011.


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

No comments:

Post a Comment