Sejajar dengan pengisytiharan 19 Februari pada setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia, SKBBL telah mengambil kesempatan menggunakan perhimpunan rasmi sekolah untuk merealisasikan tujuan tersebut.
Bagi Negeri Johor, Sambutan Minggu Anti dadah dicadangkan mulai 28 Februari 2011 hingga 5 Mac 2011.
Acara dimulakan dengan bacaan Ikrar Anti Dadah oleh wakil murid. Seterusnya ialah Perutusan oleh Pengarah Pelajaran Johor yang dibacakan oleh GPK Ko Kurikulum. Menurut Penyelaras Kelab Anti Dadah SKBBL, En Khairul Anuar B Zakariya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya ialah :
1. Ceramah
2. Pameran
3. Kuiz
4. Melukis poster