VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

29 August 2015

Program Motivasi Kerohanian UPSR...

Program pecutan akhir murid-murid UPSR SKBBL yang telah dianjurkan pada 27 Ogos yang lalu adalah bertujuan untuk memberikan teknik-teknik yang berkesan untuk berjaya dalam peperiksaan disamping menerapkan unsur-unsur kerohanian untuk santapan jiwa mereka. Penceramah yang diundang adalah seorang motivator iaitu USTZ HAKIM MOHD NOR.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/hakim.mohdnor atau hubungi :

Ustaz Hakim Mohd Nor
Pengarah Urusan / Profesional
Master Trainer
Suria Horizon Training and Consultancy
019-4505360




Buku Panduan SKT...

Kepada warga kerja SKBBL. Sila klik di sini untuk muat turun Buku Panduan Latihan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk rujukan dan tindakan tuan puan.

Harap maklum.

28 August 2015

TAHNIAH !! Kump. Kalam Jama'i SKBBL...

KUMP. KALAM JAMA'I SKBBL JOHAN PERINGKAT NEGERI JOHOR


 Seluruh warga SKBBL dan komuniti mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan Kalam Jama'i dibawah bimbingan Pn Syaainurdiya Bt Sahaid dan Pn Latifah Bt Chairuddin. Mereka akan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan pada bulan Oktober nanti di Negeri Pahang Darul Makmur.

Ayuh !!! sama-sama kita doakan kejayaan mereka.

KEPUTUSAN PENUH :

No 1 - Muar 
No 2 - Batu Pahat
No 3 - Pontian
No 4 - Kulaijaya 

Jasamu ku kenang...

SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT BARU.




En. Mohd Asyraf Bin Mohd Zani berpindah 
ke SK Pt. Setongkat, Muar




Pn. Mawaddah Bt Mokhtar berpindah 
ke SK Pt. Keroma Darat, Muar









Pn. Aida Nirwana Bt Ismail berpindah 
ke SK Pt. Bakar Tengah, Muar







SELURUH WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI SETEMPAT MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAAN ATAS JASA BAKTI MEREKA MENDIDIK MURID-MURID SKBBL. KOMITMEN DAN PENGORBANAN ANDA UNTUK KECEMERLANGAN SKBBL AKAN KAMI KENANG.

23 August 2015

Lensa SKBBL...



Pembentangan KBAT di Pengerusikan oleh Tn Hj Mas'ood B Idris di Kolokium UPSI
Kem LINUS
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Solat Hajat Perdana Tahun 6 dan Majlis Restu Ilmu

20 August 2015

Solat Hajat Perdana UPSR SKBBL...

TARIKH : 20 Ogos 2015
TEMPAT : Masjid Jamek Bakri Batu 5

ATURCARA MAJLIS :

7.00 mlm
-Pendaftaran
-Ketibaan para jemputan
-Solat Maghrib
-Solat Sunat Hajat
-Bacaan Yasiin

8.35 mlm
-Solat Isyak
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan YDP PIBG
-Majlis Restu Ilmu
-Jamuan
-Bersurai

HADIRIN DAN HADIRAT DIJEMPUT HADIR

14 August 2015

Lensa SKBBL...

Tazkirah Tahun 6 bersama Ustz Sanusi B Hj Rahiman

Program sambutan Hari Raya Aidilfitri SKBBL

Program Marhabban SKBBL

Kem UPSR anjuran bersama SKBBL dan MRSM, Muar

Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke 21 & Persidangan GMGBM ke 33, Langkawi

08 August 2015

Salam takziah dari kami...

PUAN HJH SUHAILA BT SAHIL, GURU AGAMA DI SINI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SEKITAR JAM 10.05 MALAM  TADI (SABTU / 8 OGOS 2015) AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA DI KG. SEBATU SG. RAMBAI, MELAKA. WALAUBAGAIMANAPUN SUAMINYA, TN HJ IHASSAN BIN LAJIM, YANG JUGA BEKAS GURU SKBBL MASIH KRITIKAL DI HOSPITAL MUAR.

SELURUH WARGA SKBBL MERASAKAN KEHILANGAN ALLAHYARHAMAH. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL FATIHAH AGAR ROHNYA DICUCURI RAHMAT, DIAMPUNKAN DOSANYA DAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.

MARILAH KITA JUGA BERSAMA-SAMA MEMANJATKAN DOA AGAR SUAMI ALLAHYARHAMAH BERANSUR PULIH.

AL FATIHAH...


05 August 2015

Sambutan Hari Raya SKBBL...

TARIKH : 6 Ogos 2015
TEMPAT : Kantin baru


ATURCARA MAJLIS :

7.05 pagi
Murid berkumpul di dataran sekolah
7.20 pagi
Program budaya Al Quran
7.50 pagi
Murid-murid bergerak ke kelas untuk meneruskan pembelajaran
9.20 pagi
Murid bergerak ke kantin
9.30 pagi
Jamuan
9.50 pagi
Gotong-royong mengemas kantin

10.15 pagi
MAJLIS BERMULA
-Marhaban
-Doa
-Ucapan Guru Besar
-Persembahan murid / guru

12.10 tghari
Bersurai

PERINGATAN MESRA UNTUK IBUBAPA / PENJAGA:

1.Pakaian murid - baju raya, kasut sekolah.

2. Alatan - bawa buku untuk pembelajaran sebelum rehat, botol air kosong / gelas plastik.

Harap maklum.

Syabas dan tahniah...



Keputusan Pertandingan Kalam Jama'i dan Dikir Barat Bahasa Arab 
Sempena Mahrajan JQaf Daerah Muar.

Dikir Barat Bahasa Arab : NAIB JOHAN

Kalam Jama'i : JOHAN

Pasukan Kalam Jama'i sekolah akan mewakili Daerah Muar ke Peringkat Negeri pada 27 Ogos 2015 (Khamis) di SMK Banang Jaya, Batu Bahat.

Ayuh !!! Sama-sama kita doakan kejayaan mereka.

Lensa SKBBL...

Perjumpaan Profesional ibubapa / penjaga murid-murid Tahun 6 bersama pentadbir sekolah bagi membincangkan prestasi semasa mereka, permasalahan berbangkit serta cara menanganinya untuk kecemerlangan bersama.
SESI 1 : Bersama ibubapa / penjaga murid CEMERLANG

SESI 2 : Bersama ibubapa / penjaga murid HARAPAN
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA / PENJAGA YANG SUDI HADIR BAGI MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.