VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MENGHITUNG HARI...

MAKLUMAN...

31 July 2015

Lensa SKBBL...


.

SELURUH WARGA SEKOLAH MENDOAKAN YANG TERBAIK KEPADA 
PASUKAN KALAM JAMA'I DAN DIKIR BARAT BAHASA ARAB
SEMOGA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

Pertandingan : 
Kalam Jama'i dan Dikir Barat Bahasa Arab 
Sempena Mahrajan JQaf Daerah Muar
Tarikh :
1 Ogos 2015
Tempat :
SK SAB 1 & 2

27 July 2015

Lensa SKBBL...

Mesyuarat GMGBM di KPM Putrajaya dipengerusikan oleh Tn Hj Mas'ood Bin Idris

PELANCARAN BULAN KECERGASAN SKBBL
PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

24 July 2015

RPH : Format Kelas Peperiksaan...

FORMAT PENULISAN REKOD MENGAJAR HARIAN
KELAS PEPERIKSAAN TAHUN 2015

1. Sumber Arahan :

1. SPI Bil. 3 /1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 9 Mac1999.
2. Catatan Minit Mesyuarat Dialog Prestasi Bilangan 2 Tahun 2015 bertarikh 5 Julai 2015 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.


2. Justifikasi Arahan :

1. Dikesan melalui pemantauan dan pemeriksaan didapati penulisan Rekod Mengajar Harian untuk kelas peperiksaan terlalu mudah dan tidak jelas tanpa menyatakan objektif berasaskan tajuk serta strategi dan bahan bantu mengajar yang digunakan.


3. Cadangan Format Penulisan :

TARIKH : ......
HARI :......
MASA :......
TAJUK :......
OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran, murid akan dapat ......
AKTIVITI :
1.
2.
3.
4.

BAHAN BANTU MENGAJAR :......
REFLEKSI / IMPAK:......

4. Sekiranya pihak pengurusan sekolah mendapati penulisan sedia ada telah memenuhi keperluan ini, maka tidak perlu dibuat sebarang perubahan.

5. Arahan ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh yang dimaklumkan.

 Yang menurut perintah,
(PUNIRAN BIN DENAN)
Pegawai Pendidikan Daerah Muar


* Surat ini adalah cetakan komputer. Surat sebenar akan diedarkan kemudian.

08 July 2015

Tragedi Ramadhan...

Foto oleh : Ustz. Mohd Fadzil b Amin (YDP PIBG SKBBL)
              Kejadian yang berlaku pada 7 Julai (Selasa) sekitar jam 6.05 petang melibatkan sebuah lori simen yang cuba menggunakan Jalan Parit Wahid. Walau bagaimanapun pemandu lori berkenaan gagal melepasi susur gajah yang merentasi laluan tersebut. Laporan kepada pihak berwajib telah dibuat namun tiada kerosakan serius dialami.  

03 July 2015

Peperiksaan Percubaan UPSR 2015...

Adalah dimaklumkan ujian tersebut akan diadakan pada 6 hingga 8 Julai ( Isnin hingga Rabu ).

Tuan/ puan boleh klik pada gambar dibawah untuk melihat jadual peperiksaan sebagai rujukan.
Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR SKBBL
 Sekian, harap maklum.

Program Kecemerlangan UPSR...

SKBBL akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 4 Julai
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Tahun 6 SKBBL

ATURCARA MAJLIS :

7.30-7.50 pagi - Pendaftaran
7.55 pagi - Ketibaan tetamu jemputan
8.00 pagi - Bacaan doa dan ucapan

8.30 pagi - 
SLOT 1 : MOTIVASI DIRI
Pn Ropiah Bt Mohamed
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling
SMK Tengku Mahmud Iskandar

10.00 pagi -
SLOT 2 : TAHUN INI MESTI MANTAP
Ustaz Halim Hafidz
Penasihat Agama IM4U
Ikon Belia Negeri Johor

1.00 petang - Bersurai

Diharapkan tuan/puan dan anak-anak Tahun 6 hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.