VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MENGHITUNG HARI...

MAKLUMAN...

09 May 2011

TEAM FUTSAL SKBBL MENGGANAS...???


      Pertandingan Futsal DUN Maharani telah berlangsung di Galaxy Futsal, Jalan Junid pada 30 April yang lalu. Team Futsal SKBBL turut menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar 2 pasukan ( senior Team A dan pelapis Team B ). Walaupun baru 1 minggu berlatih, azam Team A tetap teguh iaitu memburu gelaran juara manakala Team B menimba seberapa banyak pengalaman dalam pertandingan tersebut.

    Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuahkan hasil apabila Team A mendapat JOHAN dan Team B NAIB JOHAN. Sememangnya kebangkitan Team B sebagai pasukan 'underdog' dikalangan pasukan lain sekitar DUN Maharani mengejutkan banyak pihak termasuk Jurulatih mereka sendiri. Kedua-dua pasukan akhirnya bertemu sesama sendiri pada peringkat akhir dan keputusan memihak kepada Team A. SYABAS DAN TAHNIAH !!!!!!.

03 May 2011

PATUHI SEGERA GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH


Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.

Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.  Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.
Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
  1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  2. Minuman ringan bergas.
  3. Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
  4. Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
  5. Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
  6. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
  7. Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
  8. Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
  2. Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
  3. Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.
Garis Panduan Kantin Sekolah juga menyenaraikan makanan yang sesuai dijual di kantin sekolah, di samping tahap keselamatan dan kebersihan yang perlu diamalkan oleh pengusaha kantin.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meminta supaya pihak sekolah segera melaksanakan garis panduan ini. Walaupun garis panduan ini masih perlu dikemas kini dari semasa ke semasa, namun apa yang terkandung dalamnya secara asasnya sudah cukup untuk menjadi panduan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kantin yang sihat dan selamat untuk pelajar sekolah.

Setiap sekolah mempunyai jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru dan pengusaha kantin. Jawatankuasa ini perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Daerah bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi.