VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MENGHITUNG HARI...

MAKLUMAN...

28 February 2011

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH






Sejajar dengan pengisytiharan 19 Februari pada setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia, SKBBL telah mengambil kesempatan menggunakan perhimpunan rasmi sekolah untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Bagi Negeri Johor, Sambutan Minggu Anti dadah dicadangkan mulai 28 Februari 2011 hingga 5 Mac 2011.

Acara dimulakan dengan bacaan Ikrar Anti Dadah oleh wakil murid. Seterusnya ialah Perutusan oleh Pengarah Pelajaran Johor yang  dibacakan oleh GPK Ko Kurikulum. Menurut Penyelaras Kelab Anti Dadah SKBBL, En Khairul Anuar B Zakariya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya ialah :

1. Ceramah
2. Pameran
3. Kuiz
4. Melukis poster


PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BERMULA...








TARIKH                    : 26 FEBRUARI 2011 / SABTU
TEMPAT                   : DEWAN SKBBL
KUMP SASARAN     : CALON-CALON UPSR
SUBJEK                   : BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
PENCERAMAH : BAHASA INGGERIS - EN KAM BENG HOOI ( SK PARIT BUNGA )
                            BAHASA MELAYU   - PN NORMAH HASSAN ( SKBBL )
                                                              - PN NURUL FITRI FATIHAH ABDULLAH ( SKBBL )


Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah memulakan langkah awal dalam memastikan minda calon-calon UPSR SKBBL sentiasa fokus dan menentukan matlamat mereka. Objektif utama program seumpama ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memberi pendedahan kepada murid :


1.Teknik yang betul menjawab soalan yang dikemukakan.
2.Mengetahui keperluan dan kehendak soalan
3.Berkeyakinan menjawab soalan
4.Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan
5.Bersedia untuk menghadapi peperiksaan

Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tghari. Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan persediaan mental dan fizikal yang terbaik agar mereka berkeyakinan untuk menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini.

21 February 2011

TEAM SOLIVITE BERKUNJUNG KE SKBBL




Selain tujuan mempromosikan produk, Team Solivite juga menggalakkan agar murid-murid mengamalkan 5R ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai akvititi telah disediakan untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6 antaranya ialah tayangan video, kuiz dan minuman solivite secara percuma.                                                             Suasana semakin gamat apabila maskot solivite turut sama menari lagu tema bersama murid-murid. Kemuncak acara ialah pengumuman pertandingan rekacipta menggunakan botol-botol Solivite. Peraduan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 8000.

20 February 2011

KENALI GURU BESAR SKBBL YANG BARU


                                                                                                               
     Nama penuh beliau ialah Pn Hjh Maznah Bt Amir. Sebelum menjejakkan kaki ke SKBBL, beliau telah berkhidmat selama 7 tahun di SK Parit Pechah, Parit Jawa.   
     
    Apabila ditanyakan soalan mengenai perancangan beliau di SKBBL ini, beliau mahu sekolah ini menjadi sekolah 'NEW DEAL'. Menurut beliau lagi, melalui perancangan stategik yang telah dirangka, beliau pasti SKBBL akan berjaya seperti apa yang beliau telah buktikan di SK Parit Pechah.    

Apa itu  'NEW DEAL' atau  BAI'AH ?     

     Bersesuaian dengan NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan telah menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.  

      New Deal atau Bai'ah Baru yang diperkenalkan kerajaan adalah bertujuan menghargai jasa dan prestasi para pengetua serta guru besar bagi memastikan sekolah ditadbir secara profesional serta menunjukkan prestasi cemerlang.Sekiranya sasaran itu dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Namun bagi mereka yang tidak mencapai sasaran selama dua tahun berturut-turut, tidaklah terlepas daripada pemerhatian kerajaan.     
                                                                                                                                 




JADUAL UJIAN BULANAN 
TAHUN 4 & 5 SKBBL




TARIKH
MATAPELAJARAN
WAKTU
SELASA
22 FEB
Bahasa Melayu – Pemahaman
Bahasa Melayu – Penulisan
REHAT
Matematik – Kertas 2
Matematk – Kertas 1

07.40 – 8.30 pg
09.00 – 10.15 pg
10.20 – 10.40 pg
11.00 – 11.40 pg
12.00 – 1.00 tgh

50 m
1 j 15 m
20 m
40 m
1 j
RABU
23 FEB
Sains
Bahasa Inggeris – Kertas 1
REHAT
Bahasa Inggeris – Kertas 2

07.40 – 8.55 pg
09.20 – 10.10 pg
10.20 – 10.40 pg
11.00 – 12.15 tgh

1 j 15 m
50 m
20 m
1 j 15 m


09 February 2011

PROGRAM PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DAERAH MUAR 2011


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah: 

  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah 

Bagi Kluster Bakri, terdapat 5 buah sekolah kelompok iaitu SK Parit Bakar Darat, SK Parit Bakar Tengah, SK Seri Bukit Batu, SJKC Punan dan SK Bakri Batu 5. SKBBL telah diberi mandat sebagai sekolah pusat atau 'central school' bagi projek ini dimana SKBBL menjadi tempat bagi sekolah-sekolah dibawah kluster Bakri mengadakan pertemuan atau kursus yang wajib dihadiri oleh guru-guru terlibat.

SKBBL mengucapkan selamat datang kepada Mr Jeremy Barclay Smith dari Australia, yang akan memulakan tugas beliau pada 14 Februari 2011 di sekolah-sekolah kelompok yang terpilih.