VISI SKBBL :Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

30 January 2011

SELOKA BUAT PUAN GURU BESAR


Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

PUAN HJH JAMILAH  panggilan mesra
Guru BESAR yang banyak berjasa
16 sept 1960 tarikh keramat
lahirnya beliau di batu pahat
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
26 TAHUN begitulah lama

Dari muda hingga sekarang
Pada perguruan  juga yang setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek kita semua

sebut sahaja sekolah yang mana
 tempat yang tinggi seperti sm tinggi muar
hingga ke tempat yang paling manis macam sk ladang air manis
tapi manisnya tidak sama
macam bakri batu lima
Lihatlah betapa cemerlangnya sekolah kita
Hasil bimbingan puan tercinta

bertemu jodohnya tn hj md shukri mutammim
kerja apa ?
jawabnya pdrm
orangnya tegas
tapi hati…. first class

Kini sudah tibanya masa
Berpindah puan kerana kerjaya
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama gb yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selama-lamanya
Jasamu puan tak mungkin dilupa
Pemergianmu puan kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim kita terus terpatri
Biarpun puan  tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami di sini sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga puan sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sekeluarga hendaknya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada 
http://cikguaniza-bahasamelayu.blogspot.com/2009/01/seloka-guru-bersara.html 
sebagai sumber rujukan kami.

LAMBAIAN KASIH GB


SEKITAR MAJLIS LAMBAIAN KASIH
PERPINDAHAN PUAN GURU BESAR
PADA 28 JANUARI 2011

Ketibaan Puan Guru Besar disambut paluan kompang

Juruacara bertugas

Majlis Lambaian Kasih bersama murid


   Amanat terakhir dari Puan Guru Besar



LAMBAIAN KASIH


SEKITAR MAJLIS LAMBAIAN KASIH
PERSARAAN CIK HJH NOR FATIMAH BT MD SALLEH
GPK HEM SKBBL 
PADA 26 JANUARI 2011


Hujan yang turun turut mengiringi Majlis Lambaian Kasih
Tetamu yang diraikan tiba, diiringi paluan kompang

Majlis bersama murid-murid
Penyampaian cenderahati daripada murid-murid

Ole-ole daripada GPK kepada murid-murid

Sesi bersalaman kali terakhir

Ruang dewan yang menempatkan murid-murid SKBBL
Majlis bersama guru-guru dan kakitangan sekolah


Acara penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah

Pengacara majlis



Menandatangani buku pelawat kali terakhir

Jemput makan.......

Lambaian terakhir warga SKBBL


Terima kasih atas segalanya




24 January 2011

HILANGNYA DUA PERMATA







   Cik Hjh Nor Fatimah bt Md Salleh GPK HEM SKBBL akan bersara wajib pada hari Rabu, 26 Januari 2011. 
 
   Menjejakkan kaki ke SK Bakri batu 5 pada tahun 2008 sebagai GPK HEM  membuka satu lagi lembaran baru dalam perjalanan hidup beliau. Beliau merupakan guru dan pentadbir yang berpengalaman bukan sahaja sebagai pendidik berjaya malah beliau mempunyai visi misi yang tersendiri. Anugerah perkhidmatan cemerlang yang beliau perolehi pada tahun 1994, 2004 dan 2008 telah menjadikan beliau begitu prihatin dan memiliki ciri-ciri seorang guru dan pentadbir  yang dikagumi. Tuntutan kerja sebagai seorang guru juga tidak menghalang beliau untuk menguruskan hal-hal berkaitan sekolah dengan cemerlang dan jayanya. Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan menjadikan beliau sebagai sumber rujukan bukan sahaja dikalangan murid, tetapi juga dikalangan rakan-rakan guru.

   Segala jasa bakti dan kecemerlangan yang dicurahkan oleh beliau kepada sekolah, hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.
 
 Majlis Lambaian Kasih beliau akan diadakan pada hari RABU,  26 Januari 2011.

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi teratak
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa puan dilupa tidak





    Pn Hjh Jamilah Bt Hj Abdullah Guru Besar SKKBBL akan berpindah ke SK La Salle ,Kuala Lumpur. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua warga SKBBL. Segala jasa bakti dan kecemerlangan yang dicurahkan oleh beliau kepada sekolah, hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya. Doa kami mengiringi pemergian beliau.

    Majlis Lambaian Kasih beliau akan diadakan pada hari JUMAAT,  28 Januari 2011.


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi


SEKILAS PANDANG 
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, 
KETUA DAN PENOLONG KELAS SERTA PUSTAKAWAN 2011

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS OLEH PUAN GURU BESAR


BACAAN IKRAR OLEH KETUA PENGAWAS SESI 2011

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN KETUA DAN PENOLONG OLEH GPK 1



BACAAN IKRAR OLEH WAKIL KETUA KELAS SESI 2011

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PUSTAKAWAN OLEH PUAN GURU BESAR


BACAAN IKRAR OLEH WAKIL PUSTAKAWAN SESI 2011
PENGAWAS-PENGAWAS SESI 2011
KETUA DAN PENOLONG KELAS SESI 2011

PUSTAKAWAN SESI 2011

22 January 2011


MAJLIS LAMBAIAN KASIH DAN SELAMAT DATANG
22 JANUARI 2011

UCAPAN DARIPADA PN SO'MA BT ABD GHANI, GPK PETANG







JURUACARA MAJLIS





UCAPAN WAKIL GURU